Assalammualaikum.. :)
Mak, tadi kan ada subjek abnormalities in pregnancy untuk pathology. Memang tak mengantuk la kelas tuh sebab lecturer siap cerita lagi pengalaman dia time isteri dia mengandung. Masa anak first, isteri dia mengidam makan buah tembikai. Padahal time tuh summer. Mana nak jumpa tembikai. Tapi sebab sayang, dia carik jugak even tengah tengah malam. Dia pun ada cerita, time anak second, isteri dia asyik nak minum 7-up je. Last last dia beli banyak banyak terus untuk buat stok. Terbaek kan? hahahaha.. :D
Then, lecturer cik tuh ( nama dia Dr Osman ), cakap lah kat kiteorang, nanti tanya la kat mak waktu mengandung kiteorang apa yang mak mak nie rasa. Time tuh cik dah sebak. Air mata cik dah bergenang. Tapi tak tumpah jatuh ke riba lagi okay. Malu lah kalau orang sebelah nampak. Yelah. cik dari dulu nak tau. Tapi cik selalu malu nak tanya.
Mak ingat tak waktu mak kat hospital tuh? Yang cik balik naek flight untuk pertama kalinya? haha.. Bangga jap. Ada satu waktu tuh. Kak long pergi mandi. Adik time tuh tak sampai lagi rasa nya. Hilang ingatan sekejap. Masa tuh ada mak dengan cik je. Time tuh cik tanya, " mak, siapa yang bagi nama cik? mak ke ayah?", "susah tak waktu mengandungkan cik dulu?", "cik senang tak lahir?", "sakit tak waktu nak keluarkan cik?", " cik pernah tak susahkan mak?" Tapiii,, semua cik tanya dalam hati. Tak terkeluar pun dari mulut. Dan sampai sekarang pun cik tak tahu jawapan dia. Tak tahuuuu.... :(
Hari ni dah 50 hari mak pergi. Mak tahu? Bulan nie cik selalu balik Kelantan. Dua minggu lepas kak long nikah. Minggu depan kak long sanding pulak. Dulu kalau cik balek, mak tunggu cik kat depan pintu. Cik salam mak and MESTI mak peluk cik kuat kuat. Sekarang dah takde lagi. Dan sekarang pun dah takde orang yang nak jahitkan baju raya cik lawa lawa macam macam fesyen. Takde dah nak masak laksa penang kalau cik balek kelantan.
Cik tak rapat dengan mak macam kak long dengan adik. Tapi still, cik sayang mak.... :(
Al-fatihah.
Hayati Mohd Yunan.
23.7.1963 - 27.3.2012
Assalamualaikum semua !
:)
C.A.M.E.R.A
Ya. Dari tiga tahun lepas aku punya lah nak sangat memiliki camera sendiri. Tapi mungkin masih tidak ada rezeki lagi. Yelah. Nak beli pakai duit sendiri nie banyak rintangan nye. Dah kumpul-kumpul, terpaksa guna untuk benda lain pulak. Haa,, selalu macam tuh la yang jadi.
Nikon D3100.
Ini memang cinta pertama aku lah.
Sampaikan aku menangis bila dapat tahu Ayah Ree ( ayah?? haha ) dah beli dulu sebab jeles yang teramat sangat.
Gila. Buat malu je. HAHA.. :D
Lepas tuh, mengidam pulak yang ini.
Sony Alpha Nex-5
Minat yang nie sebab konon-konon nak yang kecik je.
Tapi lagi mahal dari cinta hati yang pertama.
Lagi banyak lah halangan nak mengumpul duit nye. hehe
Fed 5b
Yang nie cadang nak beli dah. Sebab harga dia mampu milik.
Tapi sebab camera nie pakai filem punya, AlHakim cakap tak payah.
Tapi smart kot camera nie. huhu..
Nikon 1
I just love this camera because of its colour. Plus, die punya bentuk yang kecik sahaja.
Waaa,, boleh meroyan macam nie tau. Satu pun tak dapat lagi. :(
Yang dapat pun, ini je.
Ring bentuk camera.
Necklace tak jumpa lagi.
Tapi tetap akan dicari sampai jumpa.
I wish dapat yang macam nie jugak. :)
Kepada sesiapa yang rasa nak hadiahkan ring and necklace bentuk camera sangat lah digalakkan.
Kalau tak nak pun, camera Nikon 1 tuh pun okay dah. Tak mintak banyak banyak pun. :)
Till then, adios !
:)
Salam All !
:)
Entry lepas, aku pernah bagitahu yang aku sangat lah teringin nak pergi Cameron Highland. Dan untuk entry kali nie, aku nak bagitahu bahawasanya aku dah pun tinggalkan kesan tapak kasut aku kat tanah tinggi tuh. Biarpun aku dah pergi berkurun lamanya, dan for sure kesan tapak kasut aku tuh pun dah takde sebab hujan yang selalu turun, tapi aku still ex-ci-ted nak umumkan pemergian aku ke tanah tinggi tersebut. haha.
saya dah jejakkan kaki di sini. anda?
cewah. berlagak pulak. :P
cewah. berlagak pulak. :P
aku lupa nama tempat yang aku kutip buah strawberry nie.
the experience was great!
the experience was great!
tapi yang tak best nya, boleh depa tak bagi masuk kat kawasan
yang buah dia besar dan merah. podaciittt !
yang buah dia besar dan merah. podaciittt !
aku tak tahu lah kalo tempat nie dipanggil ladang bunga ke apa.
tapi aku rasa takde lah besar mana pun. yang pasti, bunga dia cantek cantek.
aku wish tourist guide aku belikan bunga ros sekuntum untuk aku.
namun, jauh tersasar impian dan harapan aku tuh. herk!
tapi aku rasa takde lah besar mana pun. yang pasti, bunga dia cantek cantek.
aku wish tourist guide aku belikan bunga ros sekuntum untuk aku.
namun, jauh tersasar impian dan harapan aku tuh. herk!
ini ladang, teh boh yang punya.
semangat aku tengok video history teh boh, lawat kilang proses teh boh,
and dan-dan kat sini jugak lah bateri camera nak habis nye pun.
nasib dah nak balek.
for me, Cameron Highland treat me very well. okay lah kan?
and aku tak boleh menetap kat sana. duduk bawah pun aku tak rajin mandi.
inikan pulak kat sana air sejuk ya amat.
inikan pulak kat sana air sejuk ya amat.
konpem aku mandi 2 or 3 hari sekali. haha
and kedai makan yang jual lauk campur pun macam susah je nak carik kat sana.
mujur lah tourist guide aku tiap minggu pergi test lap kat sana. dia tau jugak tempat makan yang boleh disinggah.
and last but not least. thank you my tourist guide !
till then, adios !
:)
Salam All !
:)
C.A.M.E.R.O.N H.I.G.H.L.A.N.D
Cameron Highland ! mesti ramai yang dah pernah jejak kaki ke sana kan? Kalau tanya aku, aku tak pernah pergi lagi dan aku sangat teringin nak pergi. Tapi ramai je kawan aku yang pernah pergi, bagi feedback kurang menarik. Contohnya, "alaa,, bukan ada ape pun kat atas tuh." atau yang lain, "aku pernah pergi sekali je. lepas tuh tak pernah dah sebab ayah aku kata takde ape pun kat Cameron tuh."
Well, even ramai yang kata Cameron macam tak best sangat, tapi aku still jugak nak tinggal kan kesan tapak kasut aku kat sana. Biar lah aku pergi sekali, dan lepas tuh boleh la aku pun bagitau kat orang laen, "aku pernah pergi Cameron tuh, bukan best sangat." (kalau lah betul tak best kan? haha)
teringin nak tangkap gambar kat ladang teh.
buat gaya ala ala izara aishah masa honeymoon dalam vanilla coklat.
amboi, berangan !
nak kutip sendiri buah strawberry. dapat lah merasa strawberry manis.
selalu mesti masam sebab beli kat tesco yang da siap packing je.
Wow ! Mesti best kalau betul dapat pergi. Nanti boleh shopping sayur segar untuk mak buat masak tomyam. Shopping bunga ros untuk mertua. bagi color merah lagi. eh?
Till then,
adios !
:)
Salam All !
:)
:)
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak menulis, akhir nya dapat juga menyambung aktiviti yang telah sekian lama tersadai. Bukan apa, sebelum nie laptop tak memberi kerjasama yang baik gara gara tertumpah jus nenas. Tapi setelah di'repair' sihat jugak akhir nya. TERIMA KASIH ye awak yang repair tuh. Siap dapat pakej antivirus lagi. hehe.
Dah dua bulan berlalu. Macam- macam yang jadi. Macam macam yang aku belajar. Antara nya...

Aku belajar buat marble cake. Sebenar nye ini resipi kek coklat. Tapi sebab time tuh takde serbuk koko and aku pun takde duit nak pergi beli, jadi nye ini je yang termampu.
next,
my netball team got 3rd place untuk intervarsity kat UIA Kuantan hari tuh.
Alhamdulillah. setelah dua minggu berlatih. :)
Alhamdulillah. setelah dua minggu berlatih. :)
credit to: Facebook Kak Zara
next,
*tiada gambar*
aku buat performance untuk 2nd UiTM Dental Symposium bersama lagi empat orang kawan aku. Gambar ade tangkap tapi takde yang upload pun lagi.. huhu.. :(
the latest,
semalam pergi berkenu kat Taman Tasik Shah Alam, makan steak and end up with lepaking dekat tepi tasek.
TERIMA KASIH datang jumpa. nanti datang lagi ye. :)
till then, adios!
*tiada gambar*
aku buat performance untuk 2nd UiTM Dental Symposium bersama lagi empat orang kawan aku. Gambar ade tangkap tapi takde yang upload pun lagi.. huhu.. :(
the latest,
semalam pergi berkenu kat Taman Tasik Shah Alam, makan steak and end up with lepaking dekat tepi tasek.
TERIMA KASIH datang jumpa. nanti datang lagi ye. :)
till then, adios!
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)











